Menu

PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Pembelajaran abad ke-21 ialah suatu proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid

0 Comment

PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Pembelajaran abad ke-21 ialah suatu proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang ditekankan dalam pembelajaran abad ke-21 ini antaranya ialah komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif, serta etika-etika tertentu. Sebagai contoh, komunikasi adalah suatu proses pertukaran atau info daripada indvidu kepada individu yang lain. Jadi, dengan adanya komunikasi yang baik, proses pembelajaran juga berjalankan dengan baik. Kolaboratif pula ialah sesuatu yang dilakukan dakam bentuk berkumpulan atau bersama-sama. Apabila wujudnya pembelajaran secara kolaboratif, pelajar akan lebih aktif dan berada dalam suasana yang sihat untuk erkongsi ilmu dan pendapat masing-masing. Pemikiran secara kritis dan kreatif adalah bergantung kpada pelajar. Guru tidak boleh mengajar bagaimana untuk berfikir cara tersebut. Jadi sebagai pelajar, pemikiran sebegitu harus timbul untuk mencapai tahap pembelajaran abad ke-21. Bukan sahaja pelajar yang harus belajar dalam pembelajaran abad ke-21. Guru juga harus terlibat sama dalam menjayakan cara ini dengan mengajar murid dengan kaedah dan cara yang setaraf dengan pembelajaran abad ke-21 agar pelajar lebih tertarik dan mudah untuk memahami. Cara ini juga dapat membuatkan guru tidak terlalu penat untuk mengajar murid dengan cara yang lama. Banyak kaedah yang dihasilkan untuk memudahkan guru dan pelajar dalam proses pembelajaran. Antara kaedah yang sering digunapakai di sekolah ialah ‘make and match’, ‘jingsaw’ dan ‘gallery walk’.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Antara ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 ialah, pembelajaran berpusatkan pelajar. Ini bermaksud, pelajar itu sendiri yang menjadi peranan terpenting dalam proses pembelajaran. Guru hanyalah sebagai pembimbing jika pelajar tidak tahu dan tidak faham tentang pelajaran yang dipelajari. Guru harus meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan. Hal ini kerana, kebanyakan pelajar tidak mempunyai minat untuk mempelajari subjek yang tiada dalam jiwa mereka. Ini bermaksud, lain murid lain minat mereka, Jadi sebagai guru, kita haruslah membimbing mereka supaya mereka boleh yakin dan berjaya dalam apa yang mereka minati. Dalam hal ini, bukan sahaja guru yang bertindak malah, ibu bapa juga harus menjalankan peranan mereka dan sentiasa menyokong apa yang diminati oleh anak mereka. Tambahn pula, kebanyakan majikan sekarang mahukan pekerja yang mempunyai pelbagai kemahiran. Jadi, tidak semestinya pelajar yang bijak dalam pelajaran sahaja yang boleh peroleh kerjaya dan berjaya. Mereka kurang dalam pelajaran boleh mengasah bakat mereka dalam bidang kemahiran seperti menjahit, memasak, membaiki barangan elektronik dan sebagainya. Hal ini kerana, mereka yang tiada minat untuk belajar sering dipinggirkan oleh guru dan rakan-rakan. Mereka tiada sokongan untuk membawa mereka ke arah apa yang mereka minati. Dengan cara menyokong mereka dengan apa yang diminati, masalah sosial dalam kalangan remaja boleh berkurangan.

Selain itu, penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Dalam era yang membangun dengan perkembangan teknologi ini, sudah tentu penggunaan teknologi amatlah penting dalam semua sektor. Sektor pendidikan tidak terkecuali dalam pembelajaran menggunakan teknologi. Kebanyakan sekolah di kawasan bandar dan di luar bandar juga telah disediakan dengan teknologi seperti komputer dan tablet untuk penggunaan pelajaran kepada murid-murid di sekolah. Namun, penggunaan teknologi ini tetap ada kebaikan dan kekurangannya. Pelajar akan lebih seronok dan teruja apabila belajar dengan menggunakan teknologi ini. Tetapi, jika tidak diawasi, mereka mungkin akan menggunakan teknologi dengan tidak terawal dan boleh mendatangkan keburukan kepada mereka. Namun begitu, banyak lagi sekolah-sekolah di kawasan pedalaman yang tidak mendapat kemudahan teknologi seperti ini. Kemungkinan pihak tertentu terlepas pandang tentang keperluan teknologi ini kepada sekolah tersebut. Mereka yang berada di sana tidak mampu untuk mempelajari gaya teknologi dalam pelajaran. Tetapi mujur guru yang ditugaskan di sekolah-sekolah Kawasan pedalaman mampu untuk mengajar mereka dengan baik dan menggunakan kaedah pembelajaran abad ke-21. Ini bermaksud, ketiadaan teknologi bukanlah penghalang bagi kejayaaan pelajar pada masa kini. Walaubagaimanapun, teknologi adalah suatu bonus kepada mana-mana guru dan pelajar untuk mempunyai proses pembelajaran dengan efektif.

Seterusnya ialah pembelajaran aktif dalam kalangan murid dan guru. Penglibatan secara aktif menyebabkan sel-sel otak berhubung dan murid akan lebih cepat memahami apa yang dipelajari mereka. Pembelajaran secara aktif akan menimbulkan suasana ceria di dalam kelas sekali gus membuatkan murid tidak bosan semasa belajar. Ia sangat penting dalam pembelajaran kerana ia boleh menjadi salah satu faktor kejayaan pelajar dari kelas yang mempunyai proses pembelajaran yang aktif berbanding kelas yang sebaliknya. Semestinya pelajar juga lebih suka dan berminat untuk menjalani satu proses pembelajaran secara aktif dan bersifat dua hala. Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam pembelajaran secara aktif ini. Jika pelajar terlalu aktif dan bising, guru tidak dapat mengawal pelajar dan berkemungkinan mengganggu proses pembelajaran pelajar dari kelas berhampiran. Selain itu, antara pelajar yang aktif, terdapat juga pelajar yang pasif mungkin kerana tidak berminat untuk belajar atau tidak yakin untuk menonjolkan diri. Saya yakin bahawa tidak semua guru dapat memberikan tumpuan kepada pelajar yang pasif. Guru semestinya akan menumpukan perhatiannya kepada pelajar yang aktif di dalam kelas. Ini akan mendatangkan perasaan yang negetif jepada pelajar yang kurang aktif dan mereka akan berasa diri mereka diasingkan. Jadi sebagai guru, pembelajaran secara aktif haruslah dikawal dengan sebaik mungkin. Guru juga harus mengambil tahu dan lebih fokus kepada murid yang kurang aktif dalam proses pembelajaran.

Persekitaran yang kondusif juga adalah salah satu ciri pembelajaran abad ke-21. Persekitaran yang kondusif adalah sangat penting bagi pembelajaran yang baik dan lebih efektif. Pada 20tahun yang lepas, guru menggunakan papan hitam dan kapur sebagai alternatif untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar mereka. Selepas itu, penyampaian pembelajaran membuat penambahbaikkan ilmu dengan cara menggunakan papan putih dan marker. Sehinggalah sekarang apabila pembelajaran menjadi lebih maju dan lebih kondusif dengan menggunakan LCD dan projektor. Pembelajaran yang kondusif mendatangkan mood yang positif kepada para pelajar. Selain teknologi dari segi penyampaian pembelajaran, keadaan di dalam kelas juga boleh menjadi salah satu punca pelajar gembira dan mudah untuk menerima pembelajaran. Selain faktor penggunaan teknologi di dalam kelas, kedudukan di dalam kelas juga boleh mempengaruhi emosi pelajar untuk belajar. Pembelajaran abad ke-21 mencadangkan konsep kumpulan dalam susun atur bilik darjah. Hal ini bertujuan supaya pelajar mampu untuk belajar secara berkumpulan dan sebagainya. Suasana kelas yang ceria juga dapat menimbulkan rasa minat pelajar untuk datang ke sekolah. Kelas haruslah sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan kondusif.

Keadaan di dalam kelas juga salah satu daripada persekitaran yang kondusif. Keadaan kelas yang tidak terlalu sesak menyebabkan pelajar lebih selesa untuk bergerak. Kebanyakan sekolah di Malaysia mengehadkan jumlah pelajar di dalam kelas mestilah tidak melebihi 30 orang. Jadi, situasi di dalam kelas tidak akan serabut terlalu ramai pelajar. Hal ini kerana, semakin ramai pelajar di dalam kelas, semakin sukar pelajar untuk memberikan tumpuan terhadap pembalajaran mereka. Kedudukan meja di dalam kelas akan menjadikan pelajar lebih berasa senang untuk bertanyakan soalan kepada guru ataupun berbincang bersama rakan-rakan sekelas mereka. Kebiasaannya, meja di dalam kelas di tempatkan dalam bentuk berkumpulan bagi kemudahan murid untuk belajar dan berbincang. Pernah kit abaca di akhbar ataupun tular di media social tentang kes-kes yang berlaku di dalam bilik darjah semasa waktu persekolahan. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Kadangkala, ini berlaku kerana sikap pelajar yang tidak mementingkan bahaya semasa bermain. Namun begitu, kita tidak boleh menyalahkan mereka 100%. Hal ini kerana, di mana guru yang sepatutnya berada di dalam kelas? Bagaimana pula keadaan atau susun atur di dalam kelas yang boleh mengakibatkan insiden ini boleh berlaku? Perkara ini perlu dibincangkan bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi kepada pelajar lain. Bukan sahaja pihak sekolah yang harus memikirkan tentang jalan penyelasaian ini, tapi pihak PIBG juga harus campur tangan untuk keselamatan dan kejayaan anak-anak mereka kelak.

Akhir sekali ialah penilaian berasaskan pencapaian pelajar. Secara tradisionalnya, kaedah pembelajaran di Malaysia mengambil langkah membuat ujian atau peperiksaan sebagai salah satu cara untuk menilai tahap pemahaman pelajar. Namun, semenjak kebelakangan ini, terlalu ramai pelajar yang menunjukkan keputusan dan respon yang terbaik. Jadi, kemahiran berfikir aras tinggi diperkenalkan. Guru harus maenggunakan alternatif lain untuk menguji pemahaman pelajar. Jadi, pelbagai kaedah yang telah dilakukan kepada pelajar. Antaranya ialah, menyelesaikan ‘jingsaw-puzzle’ atau pun membuat pertandingan. Dengan cara ini, pelajar juga tidak stress dan seronok untuk mempelajari sesuatu yang baru. Seperti yang diketahui, sistem pembelajaran di Finland tidak diuji dengan peperiksaan. Jadi, tiada istilah gagal atau stress semasa belajar. Penerapan kemahiran belajar adalah salah satu perkara yang patut diadakan di Malaysia. Pemuda atau pelajar yang tidak berminat untuk belajar kebanyanyakannya mempunyai bakat tersendiri dari bidang yang berlainan. Apabila mereka di rumah, ibu bapa seharusnya sedar mengenai kemahiran anak anak mereka. Kebanyakan ibu bapa zaman sekarang terlalu sibuk dengan kerja dan hanya menganngap bahawa anak mereka pergi sekolah dan cemerlang dalam peperiksaan. Namun apabila anak mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik mereka akan dimarah diherdik dan sebagainya. Ibu bapa harus mengambil tahu apa keinginan dan minat anak mereka. Kebanyakan kes bunuh diri dalam kalangan pelajar juga berpunca daripada tekanan semasa belajar dan tidak mrndapat sokongan moral daripada orang sekeliling.

KAEDAH PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Kebanyakan guru di sekolah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dalam proses pembelajaran untuk meringankan beban mereka sebagai pengajar selain menerapkan cara pembelajaran abad ke-21 kepada pelajarnya. Seperti yang dinyatakan, kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar menjadikan guru sebegai fasilitator dan pelajar akan belajar dengan cara mereka. Kaedah yang sering digunapakai oleh para pengajar kepada muridnya ialah,

Yang pertama ialah kaedah jingsaw. Kaedah jingsaw ialah satu kaedah yang telah diwujudkan sejak dahulu lagi. Tetapi dahulunya, jingsaw hanya digunakan sebagai permainan kanak-kanak. Namun kini, kaedahnya telah diolah menjadi suatu alat pengajar yang membantu guru mengajar anak murid mereka. Dalam kaedah ini, pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mereka akan diberikan tajuk untuk setiap kumpulan dan perlu memahami dengan baik. Setelah memahami, setiap orang daripada ahli kumpulan akan pergi ke kumpulan lain untuk menerangkan tajuk mereka. Begitu juga dengan kumpulan yang lain. Setelah selesai, mereka akan balik ke kumpulan asal mereka dan menerangkan tajuk-tajuk yang telah mereka bincangkan kepada rakan kumpulan mereka dan menceritakan tajuk-tajuk yang mereka dapat daripada kumpulan lain. Dengan cara ini, masa dapat dijimatkan dan kebanyakan pelajar akan lebih faham dengan cara mereka sendiri. Tambahan pula, apabila mereka belajar dengan krakan

Kaedah seterusnya ialah kaedah ‘make and match’. Dalam kaedah ini, guru akan membuat kad yang mengandungi pecahan kepada suatu topik. Kad akan diberikan kepada pelajar. Setiap pelajar perlu mencari rakan yang mempunyai kad yang mengandungi topik yang sama dengan mereka. Kaedah ini bertujuan untuk menguji kemampuan pelajar dalam membezakan subtopik dalam setiap topik yang dipelajari. Cara ini juga, boleh menjadikan pelajar berusaha untuk mengambil tahu tentang apa yang dipelajari mereka. Hubungan sesame pelajar juga akan menjadi lebih baik kerana mereka lebih banyak bekerjasama, belajar dan mengajar sesame merela. Guru hanya menjadi pembimbing atau mentor bagi memastikan info yang disampaikan adalah benar dan tepat.

Contoh kaedah yang terakhir ialah, kaedah ‘gallery walk’ juga banyak digunapakai oleh guru kini kerana mampu untuk menguji pemikiran pelajar. Pelajar akan diberikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan harus membuat pembentangan di kertas mahjong mengikut tajuk yang diberikan oleh guru. Setelah selesai, kertas mahjong di tampal di dinding. Pelajar akan mula bergerak ke tajuk yang lain untuk bertanya ataupun mengambil info. Wakil daripada ahli kumpulan akan berada di hasil kerja mereka untuk menerangkan kepada rakan yang lain. Setelah selesai, mereka akan berbincang Bersama ahli kumpulan yang asal. Kebanyakan kaedah yang digunakan mampu menjimatkan masa disamping memudahkan kerja guru sebagai tenaga pengajar.

Kesimpulannya, pendidikan abad ke-21 memfokuskan tentang tiga komponen utama, iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau isi pembelajaran. Situasi pembelajaran di dalam kelas yang aktif dan bersemangat akan menaikkan minat pelajar untuk belajar. Selain itu, penyampaian guru secara kreatif, komunikatif dan kolaboratif sememangnya menjadi impian setiap pelajar pada arus perdana ini kerana gabungan tiga komponen inilah yang merupakan faktor peningkatan peratusan kehadiran pelajar di sekolah setiap hari. Hal ini kerana, pelajar lebih suka hadir ke sekolah dalam keadaan yang ceria dan gembira. Tidak ada perasaan takut dengan cikgu yang garang atau pun kerja sekolah yang tidak siap. Maka, sesuailah sekiranya seorang guru mengamalkan kaedah pmbelajaran abad ke-21 di dalam bilik darjah agar kriteria tercapai sekaligus merealisasikan 6 aspirasi murid iaitu murid yang berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran dalam memimpin, berkemahiran dalam dwibahasa, beretika dan mempunyai kerohanian yang tinggi dan akhir sekali murid yang memaparkan identiti nasional. Hal ini supaya pelajar yang dididik mampu intuk menjadi manusia yang berkualitin pada masa akan datang.

x

Hi!
I'm Amelia

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out
x

Hi!
I'm Annette!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out