Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan sektor awam dan swasta ialah dengan menegaskan semula penggunaan bahasa ibunda

Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan sektor awam dan swasta ialah dengan menegaskan semula penggunaan bahasa ibunda, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi supaya semua urusan rasmi seperti surat-menyurat dan majlis rasmi di peringkat negara menggunakan bahasa Melayu yang selaras dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan (Prof. Dr. Awang Sariyan, 2006). Oleh itu, Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah membuat pemantauan dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasa kebangsaan di seluruh negara. Sebagai contohnya, dalam projek Sukan Komanwel dan Koridor Raya Multimedia, Dewan Bahasa dan Pustaka perlu membuat pemantauan terhadap bidang penyiaran dan media massa dan membimbing pemimpin kerajaan swasta, media cetak, atau media elektronik supaya menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam semua urusan rasmi negara.